5 Tips Asas Penjagaan Kereta

Untuk menjadi pemilik kenderaan yang bijak, anda perlu mengetahui tentang asas-asas penjagaan kereta. Jika tidak, ia akan mengakibatkan kerosakan yang boleh dikenakan bayaran penyelenggaraan yang agak tinggi. Oleh itu, jom ketahui tentang 5 tips asas bagi penjagaan kereta anda!

1.Minyak Enjin
Ia perlu ditukar mengikut jumlah jarak perjalanan ataupun tempoh masa penggunaan. Minyak enjin jenis sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km ataupun 6 bulan. Bagi minyak enjin jenis semi-sintetik pula, ianya boleh digunakan sehingga 5,000 km ataupun 3 bulan.

2. Tali Sawat (Belt)
Ianya lebih dikenali sebagai timing belt. Pastikan ianya tidak haus & longgar. Jika longgar, ia boleh mengakibatkan bunyi yang nyaring pada bahagian enjin. Jadi, anda perlu tukarnya dengan segera.

3. Penapis Udara (Air Filter)
Ia perlu ditukar setiap 20,000 km bagi melancarkan penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection.

4. Minyak Gear
Jika anda menggunakan kereta yang bertransmisi manual, anda sememangnya memerlukan minyak gear. Minyak gear boleh ditukar setiap 60,000 km perjalanan.

5. Tayar
Periksa tekanan udara pada tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Jika tekanan udara tidak tepat, ia akan menyebabkan tayar mudah pecah dan retak. Periksa tayar kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pastikan bunga pada tayar tersebut tidak kurang dari takat tanda.

Sumber: Sinar Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top